Ju Delicous Cake & Cafe dimajukan atas tanda tanggungjawab kepada masyarakat islam bagi menyediakan kedai kek yang berstatus halal dan menggunakan bahan-bahan yang dibenarkan oleh syarak. Memandangkan kedai kek yang diusahakan oleh usahawan islam terlalu amat sedikit di pasaran Puan Julainah dan suami mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membina sebuah kedai bagi menjual kek di sekitar Kampong Jijan Nilai Negeri Sembilan.
Demi menjayakan cita-cita ini kami bermula dengan kursus asas sehinggalah mendapat pengiktirafan dalam usaha kami dalam bidang makanan. Dalam apa bidang sekaipun menguasai ilmu itu adalah teramat penting. Kursus demi kursus dihadiri demi mencapai hajat dan cita-cita kami dalam memastikan Ju Delicious Cake & Cafe mampu bersaing di pasaran demi meramaikan usahawan Melayu Islam yang berkebolehan.
Kami juga berjaya mengadakan beberapa siri kursus berkaitan dengan cara-cara membuat kek dan menghias kek. Tujuannya agar lebih ramai usahawan Melayu akan wujud dalam industri ini demi memenuhi keperluan masyarakat islam agar mereka menikmati makanan yang berasaskan bahan yang halal dan dimasak oleh orang islam sendiri. Jika tidak kita siapa lagi yang akan mengambil tanggungjawab ini.
Harapan kami agar kami dapat meneruskan lagi kursus-kursus berkaitan dengan penyediaan makanan untuk menyampaikan ilmu yang kami ada untuk dimenfaatkan bersama-sama dengan para usahawan muslim demi memperbanyakan lagi produk muslim yang masih berkurangan di pasaran tempatan.
Jika ada yang mahu mengikut jejak kami sebagai pengusaha industri makanan dan perlukan bantuan kami, kami sedia membantu sedaya upaya kami dengan harapan ilmu yang kami miliki dapat kami panjang-panjangkan. InsyaAllah dengan sedikit ilmu yang kami miliki akan kami kongsikan dengan anda. Hubungi kami & kami akan cuba membantu anda semampu kami nanti.
