Ju Delicious Cake & Cafe menyediakan makanan untuk makan tengahari & minum petang yang amat lazat sesuai dengan citarasa tempatan. Anda dijemput untuk merasai sendiri masakan tradisional kami di Kampong Jijan Hilir, Nilai, Negeri Sembilan. Nasi berulam bersama ikan masin kami mampu menambat hati mereka yang mahu merasai masakan kampung sebenar.
Anda boleh memilih pelbagai menu yang telah kami sediakan khas untuk para pelanggan kami. Jika anda tidak mahu menu nasi rasailah sendiri mee kari dan mee hoon sup kami. Bagi peminat sup jangan lepaskan peluang untuk merasai resipi sup kambing Ju Delicious Cake & Cafe.
Berikut ini adalah antara juadah makan tengahari kami khas untuk anda.